Halau Puaka Contact Family Puaka Racun Puaka SiteMap Umpan Puaka Alam Puaka

Popular Post

Trend Sambut Birthday Katanya.

PELAJAR Tingkatan Lima sekolah di Shah Alam dipercayai 'merelakan' dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.

Menerusi rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial itu, kira-kira lapan pelajar lain menyanyikan lagu 'Cheerful birthday to you' kepada seorang rakan mereka di dalam kelas, sebelum memukulnya. Pelajar itu ditendang manakala ada beberapa rakannya menggunakan batang penyapu untuk memukulnya

Harian Metro
Petikan Berita Harian Metro



Sementara itu, pihak pengurusan sekolah berkata, kejadian itu hanya diketahui pada Jumaat lalu selepas video berkenaan tular di laman sosial dan laporan mengenainya sudah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, bagaimanapun berkata, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

"Polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian ini. Namun sekiranya ada laporan, kita akan siasat sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri 'Karnival #Stand Together' di Setia Alam berkata, pihaknya sudah mengarahkan JPN menjalankan siasatan serta mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.
.

No comments:

Post a Comment

Subscribe

Subscribe for New Post Notifications

Topic Archive