Halau Puaka Contact Family Puaka Racun Puaka SiteMap Umpan Puaka Alam Puaka

Popular Post

Masalah Melayu Dari Dulu Sampai Sekarang Di Tempat Kerja

Kalau kata Melayu ni bodoh ramai yang akan terguris, masalahnya kenapa anda nak terguris? kalau anda bukan Melayu yang seperti disebut? Kerana Melayu itu umum, jadi buat apa anda nak merasa marah, atau adakah anda orang tergolong dalam ciri ciri yang disebut "sebagai bodoh"

Kenapa kata Melayu ni bodoh dan sebagainya oleh setengah masyarakat sekarang? Contoh senang sahaja;
Photo Credit: humorlane



Asal naik pangkat jer kat tempat kerja, ada ada jer anda akan lupa diri, lupa rakan anda, lupa orang melayu yang kekaum dengan anda, ada setengahnya buat tak hirau jer, "Itu dikatakan shelfish" dan kenapa ayat bodoh timbul kerana anda lupa diri apabila naik pangkat, iaitu anda hanya kerja di company milik orang cina dan anda sebenarnya tak dihargai pon oleh setengah masyarakat cina pon ditempat anda bekerja tuh.

Jadi anda sepatutnya tanam nilai nilai murni sesama kaum melayu dan tidak lupa diri, maka itulah yang dikatakan melayu bodoh, bodoh kerana kesombongan, menjadi berlagak seolah olah kaulah yang hebat dan dihargai, tapi kau lupa siapa diri anda.

Kejadian yang sama juga akan berlaku, apabila anda berkerja lama di syarikat, sebagai contoh asal ada staff baru masuk jer mesti anda nak tunjuk siapa diri anda, dan kalau boleh tak mau mendengar suara staff baru memberi tunjuk ajar pada anda, tak mau dengar staff baru bertanya macam macam, dan cuba memotong kata kata anda. "Jangan lah bohong" ada kan?  Sebagai contoh; Anda memberi arahan untuk buat itu ini ditempat kerja dan staff baru baru bertanya "kenapa"? kenapa buat macam nih? ya jawapannya, mesti ada yang sanggup berkata! "Oo  berani menjawab sekarang arrr"?

Tahukah anda! kata kata anda itu menguris staff baru? dan dia hanya inginkan kepastian dan apa yang dia buat atas arahan anda itu dia hanyalah ingin memastikan apa yang dia itu adalah betul.

Tapi! anda melayu yang bodoh serta berlagak terus berkata "berani menjawab" adakah itu adalah satu yang terbaik? Jawapanya "Bukan" Jelas sudah menunjukkan bahawa anda lah melayu yang bodoh sombong!!

No comments:

Post a Comment

Subscribe

Subscribe for New Post Notifications

Topic Archive