Halau Puaka Contact Family Puaka Racun Puaka SiteMap Umpan Puaka Alam Puaka

Popular Post

Otak Tak Rata

 KERAJAAN seharusnya mengawal kemasukan besar-besaran pekerja Bangladesh ke negara ini bagi mengelak daripada berlaku masalah yang tidak diingini dan persaingan pekerjaan dengan rakyat tempatan. 

Ingatlah, beratus ribu rakyat masih menganggur sejak wabak Covid-19 melanda negara. Kebimbangan yang disuarakan oleh Persatuan Agensi Perkhidmatan Swasta (Papsma) mengenai kemungkinan ada syarikat atau sindiket tertentu yang bakal mengaut untung besar dengan membawa masuk buruh asing perlulah dipandang serius.
Kemasukan bangladesh ke malaysia
Photo Hiasan: Abang2 Shah Rukh Khan Masuk Malaysia - kata Gadis tempatan Yang Tergilakan Shah Rukh Khan, Bangla Plak Jadi Hindustan

 


Terbaharu, media melaporkan bahawa kerajaan Bangladesh tidak bersetuju apabila hanya 25 agensi pengambilan pekerja Bangladesh dan 250 subejen terlibat dalam memorandum persefahaman (MoU) yang baharu ditandatangani. Sebaliknya mereka mahu sebanyak 1,600 agensi terlibat.

Jika kerajaan akur dengan permintaan ini, sudah tentu Malaysia menjadi pusat lambakan pekerja Bangladesh sehingga sampai satu tahap nanti negara sukar membuat pemantauan.

Pengambilan pekerja asing secara besar-besaran bukan hanya untuk memaksimumkan keuntungan tetapi akan menimbulkan kesan besar seperti sebelum ini. Ketika ini pun sudah ramai pendatang tanpa izin (PATI) berniaga secara haram dan bernikah dengan orang tempatan sebagai jalan mudah untuk menetap terus di sini. Sebab itulah rakyat mereka begitu gemar ke Malaysia dan tidak kisah untuk membayar kos yang tinggi

Bagi saya, kemasukan pekerja asing biarlah mengikut keperluan munasabah dan tidak menjejaskan peluang kerja rakyat kita. Sekarang kalau dilihat, pekerja Bangladesh mudah ditemui bekerja di restoran, hotel dan pusat beli-belah sebagai pelayan atau pembantu kedai, bukan hanya di sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Disebabkan itu, adanya desakan untuk membawa masuk pengawal keselamatan dari Bangladesh pula. Difahamkan pekerja asing dari negara lain juga akan dibenarkan kembali bekerja di negara ini. Permintaan mereka itu tidak langsung memikirkan kesan pada masa depan. Bagaimana dengan nasib pekerja tempatan nanti?

Justeru, kerajaan perlu mencari jalan supaya pekerja tempatan didahulukan dalam mengisi kekosongan sektor pekerjaan. Jangan salahkan orang tempatan sebagai memilih atau malas jika kadar gaji minimum terlalu rendah. Naikkanlah ke paras RM1,500 agar ia sesuai dan selari dengan peningkatan kos sara hidup.

 

Dari#Utusan - Kita Rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment

Subscribe

Subscribe for New Post Notifications

Topic Archive