Halau Puaka Contact Family Puaka Racun Puaka SiteMap Umpan Puaka Alam Puaka

Popular Post

Malaysia Hanya Untuk Pekerja Kerajaan


By MakcikPuaka

BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI PENJAWAT AWAM 2022 (RM500) Kerajaan setuju beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri: Kerajaan setuju beri sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.


Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan dibuat pada 25 April ini.

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Malaysia Bangkrupsi


Perdana Menteri, DS Ismail Sabri berkata, pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250.

Baca juga: Tarikh Bayaran Pencen 2022 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

Menurutnya, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 25 April 2022,” kata beliau menerusi kenyataan pada hari ini.

Berikut dilampirkan kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri untuk makluman bersama. Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.


No comments:

Post a Comment

Subscribe

Subscribe for New Post Notifications

Topic Archive